Kritikan Mael Totey The Movie

Tidak lama selepas Mael Totey: The Movie dikeluarkan, ia mendapat kritikan daripada ramai pihak termasuk pelakon dan pengarah, Ellie Suriati yang mendakwa penerbitan filem itu tidak mencapai piawaian dan tidak layak menjadi penanda aras bagi penerbitan karya kreatif.[24] Pelakon Adi Putra menunjukkan tanda sokongan beliau terhadap filem ini, malah memberikan kata-kata semangat kepada Syahmi dan kru filem itu menerusi laman Instagram beliau.[25] Ghaz Abu Bakar, terkenal dengan filem Polis EVO (2015) arahannya, menyifatkan kejayaan Mael Totey The Movie sebagai rezeki Syahmi dan berkata: "Apapun tahniah atas kejayaan Syahmi. Syabas kerana berani keluarkan modal melangkah ke dalam industri perfileman Malaysia. Harap ini permulaan terbaik buatnya dan jangan patah semangat dengan komen negatif warganet dan sebagainya. Teruskan usaha dan buat apa yang orang suka,".[26] Syamsul Yusof, terkenal dengan filem Munafik (2016) arahannya, pula memuji kejayaan Syahmi sebagai seorang pengkarya muda dan berkata: "Kami pun saling mengikuti perkembangan masing-masing di Instagram. Bagi saya kutipan yang diperoleh itu sangat baik. Memang saya tahu bajet filemnya rendah. Dia bukan pembikin filem profesional tapi saya tetap hormat kerana dia tahu sasaran peminatnya".[26] Syahmi kemudian mengatakan beliau tidak mudah melatah meskipun filem sulung arahannya mendapat kritikan pihak tertentu termasuk penggiat seni.[27]

Rujukan

WikiPedia: Mael Totey The Movie http://www.imdb.com/title/tt13285446/ http://www.cinemaonline.sg/articles/buletin_detail... https://www.astroawani.com/berita-hiburan/mael-tot... https://www.budiey.com/mael-totey-the-movie-syahmi... https://www.buzzkini.com/hiburan/2020/10/30/tapau-... https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/... https://gempak.com/artikel/42729/belum-apa-apa-sud... https://gempak.com/artikel/43005/mael-totey-the-mo... https://gempak.com/artikel/43058/gempak-review-law... https://gempak.com/artikel/43199/penuh-pengajaran-...